Sunday, April 1, 2012

bicara tentang masalah.

baru je baca satu blog ni.entry nyer pasal masalah.mmg setiap org ada masalah tersendiri.kadang masalah yang kita hadapi ni membuat kan kita rasa tertekan.betul kata pemilik blog tu-"bila dah susah baru cari Tuhan,bila senang,lalaikan benda-benda wajib."bukan nk ckp diri ni bagus atau mengutuk orang,tapi itu lah kenyataan yang perlu diterima oleh manusia,mudah lupa diri dgn nikmat yang diterima.tapi semua org mcm tu..ade jgk sebahagiannyer masih mengingati Tuhan,tidak kira masa susah atau senang.tak semua suka bila di timpa masalah.bagi mereka ia suatu beban utk mereka.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah:216)

Ni la janji Allah kepada semua hambanyer.xde siapa boleh menyangkal ape yang telah di sebut oleh Allah di dalam al-Quran.jika seseorang itu merasa kan masalah itu adalah suatu ujian Allah utk dirinya,pastinyer dia akan rasa tenang utk menghadapinya kerana percaya dgn janji-janji Allah kepada hambanya.kadang2 masalah yang kita hadapi tu membuatkan kita matang dan lebih tabah utk menempuh masa-masa akan datang.ini kerana masalah yang kita hadapi itu ialah pengajaran utk kita.selalu kita dengar,ada hikmah di sebalik kejadian,begitu juga dgn masalah.setiap masalah pasti ada hikmah yang Allah hendak tunjukkan.Oleh itu,sebagai hamba Allah kembali lah kepada-Nya,tidak kira ketika ada masalah atau masa senang.apa yang aq tulis ni peringatan utk diri ku sendiri dan diharapkan dapat mengingatkan yang lain.Insyallah....








No comments:

Post a Comment