Sunday, April 22, 2012

hakikat hidup

hidup ini bila kita redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan,kita akan rasa tenang.walaupun macam2 dugaan yang datang,kita tak kan mudah tersungkur dan terjatuh untuk menghadapinya.kita akan kuat dan yakin bahawa segala dugaan tu adalah ujian dari Allah.dimana kita tahu bila Dia menguji kita,maksudnya dia sayang dan selalu perhatikan kita.ada sebab Allah menguji kita.mungkin Dia nak tunjuk perkara tu bukan yang terbaik untuk diri kita.mungkin ada yang lebih baik untuk diri ini.maybe kita x nmpak ape yang baik buat masa sekarang.tapi suatu hari nanti kita akan bersyukur dgn ape yang telah ditentukan pada kita pada suatu masa dahulu.setiap peristiwa pasti ada hikmah yang tersirat disebaliknya.so sentiasa lah yakin  dgn ketentuan-Nya.jagn mudah putus asa.banyak kan berdoa,supaya di teguhkan hati ini untuk redha dan menerima dugaan dan ujian ini dgn mudah.

Friday, April 13, 2012

mahalnya sakit


Bismillahirrahmanirrahim..
Tadi baru lepas dengar satu program kat TV9-Tanyalah Ustazah.menarik juga topic yg dikupas hari ni.Mahalnya sakit.ape lah agaknyer yg dikupas oleh ustazah tu.maaflah,lupa lak nama ustazah tu,tp ceramah yg disampaikan mmg menarik dan kelakar.ustazah tu kata sebenarnya masa kita sakit,Allah sedang sentuh dan rawat kita.ape yg dimksudkan oleh ustazah tu?rupa-rupanyer,mse kita sakit,Allah nak suruh kita rehat sbb kita ni kan asyik sibuk dgn hal duniawi nya smpai tggl hal2 ukhrawi nyer.masa sihat, solat sunat ke mana,solat dhuda nyer hilang.tp mse sakit lah kita akan igt semula nak beribadat pada Allah sbb kita nak sembuh.kita mula ada masa nak berzikir pada Allah sbb mse sihatnyer x sempat nk berzikir.kita kan xdpt nk buat byk sgt keje jika sakit,so peluang ni lah kita boleh gne utk berzikir pada Allah.Tidak kah kesakitan itu selain menghapuskan dosa kita,ia juga merawat hati kita yg selama ini sakit dan perlukan pembedahan serta rawatan susulan.oleh itu,terima lah kesakitan yg Allah berikan itu dgn ikhlas dan redha.pasti ada kemanisan disebalik kesakitan yg Allah berikan.dengan sakitlah kita akan lebih dekat pada Allah.Apabila kita sakit,Allah akn perintahkan malaikat pergi melihat org yg sakit itu.lihat ape yg keluar dari mulut org yg sakit itu.sekiranya,dia bersyukur dan redha,maka beri lah kemudahan kepadanyer.oleh itu,bersyukur lah dgn nikmat yang Allah berikan ini.



Sunday, April 1, 2012

bicara tentang masalah.

baru je baca satu blog ni.entry nyer pasal masalah.mmg setiap org ada masalah tersendiri.kadang masalah yang kita hadapi ni membuat kan kita rasa tertekan.betul kata pemilik blog tu-"bila dah susah baru cari Tuhan,bila senang,lalaikan benda-benda wajib."bukan nk ckp diri ni bagus atau mengutuk orang,tapi itu lah kenyataan yang perlu diterima oleh manusia,mudah lupa diri dgn nikmat yang diterima.tapi semua org mcm tu..ade jgk sebahagiannyer masih mengingati Tuhan,tidak kira masa susah atau senang.tak semua suka bila di timpa masalah.bagi mereka ia suatu beban utk mereka.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah:216)

Ni la janji Allah kepada semua hambanyer.xde siapa boleh menyangkal ape yang telah di sebut oleh Allah di dalam al-Quran.jika seseorang itu merasa kan masalah itu adalah suatu ujian Allah utk dirinya,pastinyer dia akan rasa tenang utk menghadapinya kerana percaya dgn janji-janji Allah kepada hambanya.kadang2 masalah yang kita hadapi tu membuatkan kita matang dan lebih tabah utk menempuh masa-masa akan datang.ini kerana masalah yang kita hadapi itu ialah pengajaran utk kita.selalu kita dengar,ada hikmah di sebalik kejadian,begitu juga dgn masalah.setiap masalah pasti ada hikmah yang Allah hendak tunjukkan.Oleh itu,sebagai hamba Allah kembali lah kepada-Nya,tidak kira ketika ada masalah atau masa senang.apa yang aq tulis ni peringatan utk diri ku sendiri dan diharapkan dapat mengingatkan yang lain.Insyallah....