Wednesday, May 16, 2012

assalamualaikum..,
post kali khas utk semua guru-guru yang ada di Malaysia ni sempana sambutan Hari Guru yang di sambut pada 16 Mei setiap tahun(da cm nk wt laporan lak..hehe..)Guru mmg satu golongan yang istimewa kerana mereka sanggup mengorbankan masa dan tenaga utk mendidik anak bangsa dengan harapan agar suatu hari nnti mereka akan menjadi insan yang berguna utk keluarga,agama,bangsa dan negara.(tgh semngt patriotik..huhuhu..)bukan mudah utk menjadi seorang guru.kerjaya ni memerlukan seseorang yang penyabar,ikhlas dan tidak pernah kenal akan perkataan putus asa.tidak semua orang mampu menjadi seorang guru.walaupun kerjaya ni selalu menjadi pilihan terakhir bagi generasi sekarang,tp sebenar nyer kerjaya seorang guru adalah suatu pekerjaan yng mulia.Guru-guru ini sanggup melakukan apa sahaja agar anak-anak murid mencapai kejayaan.oleh itu,jangan lah memperlekehkan kerjaya sbg guru ini.guru ialah insan yang sgt mulia..

*tukar version utk kata ganti diri*
disempatan ni saya ingin mngucapkan SELAMAT HARI GURU kepada guru-guru saya telah mengajar saya bermula daripada Tabika Kemas,SK Panjang Sari dan SBPI Selandar.terima kasih cikgu kerana telah mendidik saya hingga mencapai kejayaan dan saya mampu berjaya hingga ke tahap ini di sebabkan bimbingan dan tunjuk agar daripada semua guru..Jasa anda semua akan saya kenang sepanjang hayat ini.tiada apa yang mampu saya berikan kepada guru-guru kecuali sebuah kejayaan pada masa akan datang dan doakan yang berkekalan utk semua guru..SAYA SAYANG CIKGU SAYA!!!!!



Sunday, May 13, 2012

true friends

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga ini aku ucapkan kepada semua kawan-kawan baik aku.korang memang kawan yang terbaik.aku bersyukur sangat kerana korang ditakdirkan menjadi kawan aku.sekarang ni aku memang dalam keadaan yang kurang baik.aku bukan tak nak share atau bagitau korang,tapi aku tak nak beban kan korang dengan masalah aku.memang lah kawan tu bukan utk masa happy je,mse susah pun kne share bersama.tapi buat masa ni aku masih boleh handle lagi benda ni.aku tahu korang ada hal yang lagi penting utk di settlekan.so aku tak nak lah kacau korang dengan masalah aku ni.harap korang dapat faham.lagi satu aku nak minta maaf sebab buat masa ni aku belum bersedia nak berhadapan dengan korang.aku masih belum kuat.aku tengah try nakkuat semangat aku balik dan masa tu akan tiba.jangan risau.persahabatan ni tak kan terputus sampai di sini saja.aku terharu sangat sebab korang still doakan kejayaan aku walaupun aku buat korang cm ni.thanks guys.aku sangat-sangat menghargainya.aku pun sentiasa doakan kejayaan korang semua.apa2 pn aku gembira bila tengok korang gembira dengan apa yang korang dapat sekarang.bersama-sama lah kita berjuang untuk mencari ilmu ni tak kira di mana pn kita berada.AKU SAYANG KAMU SEMUA.(ANIS NAJWA,NURUL AQILAH,NURAIN SYUHADAH,AIREEN ZURIANI,NORSAHIDAH,HANIS SOFEA)