Saturday, March 31, 2012

manusia itu sentiasa berubah

da lme rsenyer x update blog ni.sejak akhir2 ni perasaan malas sgt lah menguasai diri ni.malas je nk buka internet ni.tapi hari ttbe rasa rindu lak kt blog.da lama aq nk tulis pasal kwn aq ni tp malas pnyer psl tak tertulis psl dia ni.Dia ialah kwn yg aq jmpe mse pergi jambori pengakap.mse tu aq form 2 dan dia form 4.pastu adalah byk kali contct.tp xlme.wlaupn da xcntct dgn msj tp still la jg berhubung gne fb.tp sejak dpt result SPM ni hampr setiap hari kiteorg berhubung.skrg aq baru rsa yg da berubah,x macam mula-mula kenal dulu.dia dah macam lebih Islamik.bila ckp kt dia yng dia da lbih islamik,dia kte mne ade.tp bila cerita2,dia kte byk bnde yg jd smpai dia boleh berubah.aq senang dgn perubahan tu sbb aq pn dlm proses utk berubah tu.aq perlukan kwn yg boleh nasihat kn aq.dia pernah ckp "manusia ni sifatnya sentiasa berubah..sama ada jadi lebih baik atau sebaliknyer..masa lalu boleh membunuh masa hadapan."dia byk nasihatkan aq dlm hubungan antara lelaki dan perempuan.dia suruh jd kn pengalaman hidup dia sebagai pengajaran dan teladan utk aq.rancangan kita dgn rancangan tuhan x sama.sekuat mne pn kita berusaha untuk merealisasikan rancangan yg kita rancang,sekiranyer itu bknyer perancangan yng Allah tetapkan utk kita,ia akan menjadi sia-sia je.dia nsihatkan aq supaya x fikir psl soal jodoh buat mse ni,focus pd study.mmg itu lah yg aq rsekn.pada usia remaja ni besenyer akan mula fikir utk nk cari someone yg konon nyer sbgai teman hidup.tp aq rse msenyer belum sesuai.jika ada jodoh,ke mana pn diri ni di cmpak kan pasti akan berjumpa sbb takdir Allah itu pasti.sejak kawan dgn dia,aq mula berfikir dan terus berfikir.ape yg dia ckp tu mmg betul.aq harap,aq dpt lebih banyak nasihat daripadanyer agar dpt membantu diri ni.di harapkan Allah memberkati hidup aq dan hidup dia.thanks kwn.



Tuesday, March 27, 2012

result SPM




Rsenyer dah dekat seminggu aq dpt result SPM.Baru hari ni aq rse nk tulis psl result ni kt blog yg tercinta ni.kalau nak cerita tentang detik menanti kepulangan ayahanda ke sekolah smbil membuat result SPM memang lah mendebarkan.Tapi sebenarnyer rse penat menanti lebih menguasai jika dibandingkan rse berdebar.bayangkanlah,aq sampai ke sekolah kira-kira pukul 10 and dpt result pkul 12 lebih..mmg jenuh lah nk menunggu.aq sempat la round satu asrama dgn bdk2 ni(kwn2 ku yng tersyg).kiteorg sempat gak pergi round bilik guru,jmpe smue ckgu kt sekolah.excited dpt jmpe ckgu kt sekolah sbb da lme rsenyer x jmpe dgn ckgu terutama sekali ckgu add math ku..Cik Sarina Bt Madon,ckgu yng comel and sporting.da penat  gi round mcm pegawai pemeriksa sekolah,kiteorg gi la tggu kt dewan skolah utk menanti kepulangan ayahnanda.tu pn kne tggu lme jgk nk diumumkan result.mse jmpe dgn ckgu-ckgu,kiteorg dpt berita yg rsenyer buat kiteorg down skit lah.berita yng agk menakutkan kiteorg.ckgu ckp thun nix de spe yg dpt straight A+ and bilangan yg dpt straight lak kurng drpd thun lepas.mmg berita tu da boleh wt aq sndiri rse nak ngis je.hehe..tp nsib baik ade ANIS NAJWA yg membuatkan kiteorg semua berfikiran positif psl berita yg kiteorg terima ni.so,kiteorg rse relax skit lah.ble msuk dlm dewan kiteorg dgn rse x mlau nyer duduk lah barisan paling depan sekali.muka nmpak mcm excited sgt nk dpt result tp dlm hati tuhan je yg tau rse berdebar tu.mse ayahanda masuk dewan,wktu rse nk trcabut je jantung ni.dan…jeng..jeng….

Ayahanda pn mengumumkan keputusan SPM 2011.result tahun ialah result yang terbaik berbanding tahun-tahun sebelumnyer.pengumuman tu mmg buat kiteorg satu batch Machinant bersorak gembira.itu lah pengumuman yang paling berharga dan pling bermakna utk kami semua.selama ni kami da bertungkuk lumus berusaha supaya kami akan dapat keputusan yang cemerlang utk batch kami.byk dugaan yang kami telah lalui bersama.Alhamdulillah,akhirnyer usaha kami selama ini dibayar dan dibalas dgn keputusan yang cemerlang ni.walaupn thun nix de spe yg dpt straight A+,tp gerd purata kami adalah yang terbaik dlm sejarah sekolah iaitu 1.78.bersyukur jugak kepada Allah kerana telah mengurniakan aq keputusan yang cemerlang iaitu 11A.semua ni ialah hadiah utk kedua ibubapa ku.kawan-kawan ku yang lain mendapat keputusan yang cemerlang juga walaupn x dpt straight A..tp tu xpenting..yng penting kami mendapat keputusan yang cemerlang dan da buat yng terbaik utk diri sndiri.ape yng aq dpt ni pn semuanyer hasil sokongan dan  bantuan rakan-rakanku yng lain.selama ni kami telah berusaha bersama-sama utk mendapatkan keputusan yg cemerlang.THANKS nyer korg semua..aq SAYANG SANGAT dgn korg semua.

Tuesday, March 20, 2012

hilangkan debaran

rse ari ni nak letak lagi lah gmbr gaun yg aq rse cntik kt dlm internet ni..salah satu cara nak hilang rasa cuak dan berdebar menanti keputusan keluar esok..hehe..















Monday, March 19, 2012

angan-angan

tadi mse kat kedai dobi(tmpt kerja sambilan ku),ade terbaca satu majalah pengantin.mula awan angan-angan aq muncul diminda.impian aq mse kahwin nnti aq nak pakai gaun yng kembang tp still tertutup lah.aq da mula merancang-rancang baju ape nak pakai mse nikah,bersanding.hehe..jauh btul imaginasi aq.tp bila baca stages preparation yg perlu dibuat utk menjayakan satu majlis perkahwinan tu,mmg ssh.byk bnde kena buat.setahun sebelum nak kawin da kne ramcang byk bnde.ni utk preparation awal lah.
semua ni cuma angan-angan aku je.sbbnyer aq rse perjalanan aku utk ke arah alam itu masih jauh sgt-sgt.wt mse aq cuma fikir utk mse,study kt mne,pastu keje.lama lagi rsenyer..tp nk berangan x salah kan.hehe..


gaun yg aq search kt internet and mugkin ade ciri-ciri gaun idaman yg ada dlm angan-angan aku.


     












Saat menunggu result SPM

Tengah gementar untuk menunggu result SPM keluar.hari rabu,itu bermakna lusa..cuak betul bila fikir2kan.berdebar la jgk.skrg tgh sibuk bagi wish gud luck kt kawan2.supaya didoakan jgk diri ini.buat mse skrg ni rse berdebar tu mmg lah ada tp tak terasa sgt lah.nnti klau da sampai kat sekolah and mse result di umumkan,waktu tu tak tau la macam mne degupan jantung ni.silap2 boleh pecah dibuatnyer(ayat hiperbola..hehe..).harap2nyer result yg keluar itu akan dapat menggembirakan ibubapa ku dan ahli keluarga ku yg lain.berat jugak rsenyer bila aq dijadikan harapan bagi ahli keluarga.mereka mengharapkan aq mendapat keputusan yang cemerlang.aq pn mengharapkan perkara yang sama.tapi kalau apa yang ditakdirkan tak sama dgn harapan,aq terpaksa lah redha dgn ketentuan yang telah ditetapkan untuk aq.mgkin itu yg terbaik utk diri ini.Ya Allah,Kau tenang kan lah hati hamba mu ini bagi menghadapi segala takdir yang kau berikan kepada diri ini.

Saturday, March 17, 2012

lega hati ini

thanks kawan.akhirnyer kau bagi sebuah pengertian yg aq cari selama ni.aq harap perkara seperti ini xkan berulang lagi.thanks atas pengorbanan yg kau buat utk aq selama ni dan yg akan datang.aq sgt2 menghargainya sepenuh hati ku.kau la sahabat aq dunia dan akhirat.aq harap kau dpt memaafkan segala kesilapan ku selama ini.segala ape yg kau ckp aq tu da dpt menerangkan segalanyer.da pergi segala kedukaan di hati ini.muncul la semula sinar matahari bg menyinari semula gelap sebelum ini.thanks a lot.


Thursday, March 15, 2012

Bantu lah aku

Ya Allah,kau ampunkanlah dosaku kerana telah melukakan hati seorang kawan baik ku.Janganlah kau biarkan dia jauh dari ku.Janganlah kau palit kan setitik kebencian di hatinya.Aku tidak dapat membayangkan bagaimana rasanyer meneruskan hidup dgn perasaan bencinyer terhadapku.aku tak sanggup untuk menghadapinyer.Ya Allah kau kasihanilah hambamu ini.Kau bagilah ilham dan petunjuk kepadaku agar aku dapat meleraikan segala masalah ku ini dan dapat ku ikat semula tali persahabatan ini seperti dahulu kala.Janganlah kau biarkan taki persahabatan ini terlerai begitu sahaja.Aku mohon padamu,Ya Allah.Bantulah aku.